jV3pI-u9x0m0lWjKtWba_rBsmKE Kata Dikota, Janji Ditepati: KERAJAAN PR SELANGOR SUDAH MELAMPAU - HALANG BINA UNIVERSITI PERDANA DI SERDANG

KATA DIKOTA JANJI DITEPATI

Pihak yang berkenaan yang berminat boleh menyuarakan sebarang permasalahan Politik dan Sosio-Ekonomi serta kebajikan RAKYAT sebagaimana yang disarankan oleh Gagasan 1 Malaysia serta Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial yang sebenar benarnya . Amalan mengutamakan kehendak rakyat dan mengotakan setiap janji yang dilafazkan menjadi resepi turun-temurun kerajaan terus mendapat mandat rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan, seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak Admin menyokong penuh ketelusan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya menjadi teras utama dalam memastikan agenda pembangunan negara selari dengan arus globalisasi dunia sementara kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan buat selamanya. Semoga usaha dan ikhtiar ini akan membawa keberkatan demi kesejahteraan rakyat jelaka seterusnya mengekalkan status quo bahawa Barisan Nasional dan UMNO adalah wadah rakyat menuju masa depan yang lebih gemilang di bawah pimpinan YAB Dato'Sri Hj. Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi terutamanya di dalam menghadapi PRU 13 tidak lama lagi.Semuga perjuangan ini sentiasa diberkati dan direstui sentiasa oleh ALLAH swt DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Janji Ditepati Kata Dikota - Ikhlas dan Bernas. - Admin / Janji Ditepati

Monday, February 25, 2013

KERAJAAN PR SELANGOR SUDAH MELAMPAU - HALANG BINA UNIVERSITI PERDANA DI SERDANG


Selangor didakwa halang bina Universiti Perdana di Serdang



TANJONG KARANG 24 Feb. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dibidas kerana didakwa cuba menghalang rancangan pembinaan kampus Universiti Perdana di Serdang.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya telah dimaklumkan kerajaan negeri masih enggan meluluskan syarat tukar tanah yang menyebabkan kampus universiti perubatan yang melibatkan kerjasama Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkuins, Amerika Syarikat itu tidak dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan sehingga kini.

Tegasnya, pembinaan kampus Universiti Perdana sepatutnya siap tahun ini selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 September 2011 di atas tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang yang dijual kepada universiti tersebut sebelum ini.

Malah katanya, penjualan tanah dan pembinaan kampus Universiti Perdana itu telah pun diluluskan oleh Kabinet selaras dengan usaha Kerajaan Pusat menyedia serta membangunkan peluang pendidikan tinggi kepada rakyat negara ini terutamanya dalam bidang perubatan.

"Namun, saya dimaklumkan kerajaan negeri tidak meluluskan penukaran syarat tanah tersebut daripada status pertanian kepada bangunan menyebabkan kampus Universiti Perdana tidak dapat dibina. Malah, saya difahamkan permohonan penukaran status tanah itu juga ditolak oleh kerajaan negeri.


"Jika soal pendidikan pun kerajaan negeri mahu politikkan, bagaimana dengan nasib rakyat? Sudah pasti rakyat Selangor mahu pun di negara ini akan rugi dari segi mendapatkan peluang pendidikan tinggi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Noh Omar, beliau difahamkan para pelajar Universiti Perdana telah pun memulakan pengajian mereka di fakulti sementara yang disewa di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang.

Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sikap kerajaan negeri yang suka mempolitikkan kepentingan rakyat selain mahu menunjuk kuasa itu, bukanlah satu perkara baru kerana mereka pernah menghalang pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Rawang pada 2010.

Akibat tindakan kerajaan negeri itu, jelas beliau, rakyat Selangor terpaksa 'berputih mata' kerana hilang satu peluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi di negeri sendiri apabila kampus UiTM itu akhirnya dibina di Melaka.

"Kerajaan negeri hari ini tidak memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya meletakkan kepentingan politik sebagai perkara utama dalam pentadbiran mereka. Akibat sikap kerajaan negeri ini, yang ruginya adalah rakyat.

"Berbeza dengan BN, kita berusaha dan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membela rakyat melalui prinsip 'janji ditepati. Bagi, pakatan pembangkang, mereka bukan hanya tidak tepati janji, sebaliknya mereka mahu mempolitikkan semua perkara melibatkan kepentingan rakyat," ujarnya.
Terdahulu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang turut menyampaikan bantuan kecil pertanian dan peralatan mesin kepada 465 orang petani kawasan Tanjong Karang melibatkan jumlah sebanyak RM1.3 juta.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130225/dn_15/Selangor-didakwa-halang-bina-Universiti-Perdana-di-Serdang#ixzz2LsBsgI3W 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

social plugin - janji ditepati

Anaknilai Bloggers Group Headlines