jV3pI-u9x0m0lWjKtWba_rBsmKE Kata Dikota, Janji Ditepati: Najib Razak

KATA DIKOTA JANJI DITEPATI

Pihak yang berkenaan yang berminat boleh menyuarakan sebarang permasalahan Politik dan Sosio-Ekonomi serta kebajikan RAKYAT sebagaimana yang disarankan oleh Gagasan 1 Malaysia serta Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial yang sebenar benarnya . Amalan mengutamakan kehendak rakyat dan mengotakan setiap janji yang dilafazkan menjadi resepi turun-temurun kerajaan terus mendapat mandat rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan, seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak Admin menyokong penuh ketelusan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya menjadi teras utama dalam memastikan agenda pembangunan negara selari dengan arus globalisasi dunia sementara kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan buat selamanya. Semoga usaha dan ikhtiar ini akan membawa keberkatan demi kesejahteraan rakyat jelaka seterusnya mengekalkan status quo bahawa Barisan Nasional dan UMNO adalah wadah rakyat menuju masa depan yang lebih gemilang di bawah pimpinan YAB Dato'Sri Hj. Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi terutamanya di dalam menghadapi PRU 13 tidak lama lagi.Semuga perjuangan ini sentiasa diberkati dan direstui sentiasa oleh ALLAH swt DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Janji Ditepati Kata Dikota - Ikhlas dan Bernas. - Admin / Janji Ditepati
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

7 DOSA BESAR PEMBANGKANG - YABDS NAJIB

Tujuh Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam – Najib

TANAH MERAH, 15 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islamdi negara ini.



Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

“Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

“Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini,” katanya pada Majlis ‘Bekwoh’ Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.

Menyentuh mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.



Katanya jika dahulu Pas menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.

Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak Pas pada pilihan raya umum kali ini.

“Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.

“BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.

“Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.

“Dan oleh itu yakinlah kepada BN,” katanya.

Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan ‘Janji Ditepati’.

Kata Dikota Janji Ditepati

Saturday, February 23, 2013

JELAJAH JANJI DITEPATI DI NEGERI TRENGGANU - LIPUTAN AWAL.


Jelajah Janji Ditepati Buktikan BN Pilihan Rakyat

SATURDAY, FEBRUARY 23, 2013

Sumber : www.papagomo.com

Admin akan menyusul dengan laporan penuh Jelajah Janji Ditepati di Trengganu hari ini.
Sementara ini admin mengucapkan tahniah kepada Papagomo kerana sudah membuat liputan awal dan admin meminjamnya sebagai awalan kepada liputan seterusnya. Thanks Bro.....Hidup PM, Hidup BN. janji Ditepati.  


Syabas Gomo ucapkan kepad rakyat Terengganu yang bersesak sesak hadir ke program Jelajah Janji Ditepati bagi menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dan MB Terengganu Dato Sri Ahmad Said. 


Apa yang pasti dengan sokongan rakyat Terengganu kita sudah boleh menjangkakan bahawa Terengganu akan kekal dibawah pentadbiran Barisan Nasional pada PRU 13 ini. 

Rakyat Terengganu sudah pernah merasa serik sengan pentadbiran PAS penggal lalu tahun 1999 hingga 2004 yang hanya pandai menipu dengan menabur pelbagai janji tapi gagal menunaikan janji yang diberikan. 

BN pilihan rakyat terengganu. Syabas Rakyat Terengganu. 

Psssttt.... PAS janji dicapati. Hahaha

Penarik Beca Kuala Terengganu Kata PAS Parti Karut.


Sedikit dialog antara PM Najib Razak dan penarik beca di Pasar Payang tadi: 

Penarik beca: "PAS ni karut" 

PM Najib Razak: "Karut macam mana" 

Penarik Beca: "Karut banyak bohong pandai cakap sahaja" 

PM Najib Razak: "Dulu masa PAS perintah?" 

Penarik Beca: "Janji pandai tapi habuk pun takde" 

PM Najib Razak: " Sebab tu BN amalkan Janji Ditepati" 

Mantap lah beb, penarik beca pun boleh fikir realiti parti PAS yang hanya pandai menabur janji tetapi tak menepati janji yang ditabur. Berbeda dengan Barisan Nasional yang sentiasa menunaikan Janji walau apa pun cabarannya. 

BN "Janji Ditepati" 


Psssttt.... PAS pernah tadbir Terengganu 1999 - 2004 Habuk pun takda. 
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Najib Razak & Isteri Kini Di Pasar Payang

P

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak kini berada di Kuala Terengganu dalam siri Jelajah Janji Ditepati. Beliau sampai jam 10 pagi tadi bersama isteri Datin Sri Rosmah Mansor. 

Ketibaan PM di Pasar Payang Kuala Terengganu disambut meriah oleh para peniaga dan rakyat yang telah menunggu ketibaan PM sejak jam 7 pagi lagi. 

Laporan lanjut menyusul... 


Psssttt... Ada juak Fuckatan buat kecoh gangu Walkabout PM... Cam harem... 
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Admin Kata dikota janji ditepati

Wednesday, January 23, 2013

Najib Razak PM Malaysia Menjelajah Bumi Gaza membuktikan Bangsa Melayu Islam tidak gentar akan Ancaman Israel......!


Hot ! Gambar yang tak akan disiarkan Harakah walaupun ada pemimpin PAS ................


Setibanya YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak pada kira kira 4.40 pm waktu Malaysia bersama sama delegasi Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Dua Hala dengan Peredana Menteri Palestin iaitu Ismail Hanayeh..

Delegasi Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Dato' Seri Najib dan beberapa menteri kabinet sedang berdiri dan berdoa di hadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al Jabbari yang terkorban dibom oleh tentera Israel.

Dalam ramai-ramai delegasi daripada Malaysia,adalah ternampak bekas Timbalan Presiden PAS,YB Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok turut bersama dengan delegasi Malaysia.



Untuk pengetahuan semua,YB Nasharudin Mat Isa juga merupakan Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia ,satu yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin dan antara aktivitinya ialah memberi pendidikan terhadap masyarakat mengenai isu di negara bergolak itu selain mencari jalan untuk membantu rakyat Palestin

Kita membantu ummah tanpa melihat warna parti,inilah yang cuba ditonjolkan oleh YB Nasharudin Mat Isa supaya walaupun kita berbeza wadah perjuangan tetapi tetap bersatu dalam isu berkenaan Islam.

Dulu pun, YB Nasharuddin antara pemimpin PAS yang menyokong dan cuba merencana kepada muzakarah perpaduan dengan UMNO ,tetapi dek kewujudan puak-puak tertentu dalam PAS yang menolak kepada perpaduan,hasrat ini gagal direalisasikan sehingga kini walaupun Dato' Seri Najib sendiri melapangkan dada mempelawa PAS untuk duduk bermuzakarah bersama UMNO.




Admin - Rakyat berbangga serta sentiasa mendoakan keselamatan PM dan ahli ahli delegasi dengan perjalanan yang lancar di dalam kunjungan delegasi Malaysia ke Gaza, Palestin.

Sunday, January 20, 2013

BERSAMA PERDANA MENTERI DI MAJLIS JELAJAH JANJI DITEPATI.


JELAJAH  JANJI  DITEPATI  DI  NEGERI  KELANTAN.  






KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).
"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.
Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri. Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan.











Sunday, December 2, 2012

UCAPAN PERGULUNGAN DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 OLEH PRESIDEN UMNO YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN RAZAK.

RINGKASAN UCAPAN PERGULUNGAN PRESIDEN UMNO.




Tepat pukul 7.06pm, 1hb. Disember, 2012 ;  YAB Dato' Sri Hj. Mohd Najib Tun Razak mengakhiri Ucapan Pergulungan di Perhimpunan Agung UMNO dengan  penuh tiupan semangat sebagai tanda berakhirnya Persidangan Agung UMNO yang berlangsung sejak hari selasa yang lalu. Antara intipati Amanat DS Najib :-
1)   Ahli ahli UMNO perlu bersatu di dalam menghadapi PRU 13 yang
      dijangkakan di dalam bulan Mac 2013.

2)  Semangat juang yang dipupuk dan dibakar sepanjang PAU2012 hendaklah
      dilebarkan ke peringkat Bahagian dan cawangan serta seterusnya ke
      peringkat akar umbi di dalam menghadapi PRU13 yang akan datang di
      dalam masa yang terdekat.

3)  Ahli ahli UMNO seharusnya muhasabah diri dan memperbaiki sahsiah ke
      arah sifat sifat yang lebih mahmudah dengan sifat terpuji demi menarik
      semula minat dan memastikan undi untuk BN terutamanya golongan muda
      yang merupakan 20% daripada jumlah pengundi keseluruhannya. juga
      golongan atas pagar yang mengundi pembangkang di dalam PRU12
      (2008) yang lepas.

4)  Menyokong dan menerima keputusan pucuk pimpinan di dalam pemilihan
      Calon calon BN bagi PRU13.

5)  Tidak mengkhianati Parti UMNO dan Barisan UMNO serta mensabotaj calon
      parti di dalam proses pilihanraya PRU13.

6)   PM juga berpesan menjaga tatasusila dan nama parti serta melakukan
      pendekatan yang yang lebih inklusif dan berkesan di dalam mengambil hati
      dan memenangi hati rakyat.

7)  Memastikan kejayaan yang lebih besar drpd majoriti 2/3 di dalam PRU 13.

8)  Menghargai golongan dan pemimpin pemimpin yang dikatogerikan sebagai
       "Unsung Leaders" seperti pemimpin veteran UMNO diperingkat Bahagian
       dan Cawangan yang sentiasa menjunjung martabat Parti UMNO sebagai
       wadah perjuangan yang tiada hujungnya. Mereka disifatkan oleh Presiden
       UMNO sebagai golongan marhaen yang tidak mengharapapa apa  habuan
       seperti pangkat, jawatan atau kekayaan seumpanya.



Bahawasanya Presiden UMNO juga berpesan agar ahli ahli UMNO mengukuhkan barisan dan cuba menyelesaikan masalah rakyat dimana di dalam masa yang sama Kerajaan Pusat akan melakukan penambahbaikan dan transformasi di dalam pentabiran kerajaan. Antara usul yang akan diambil perhatian oleh kerajaan adalah :-

1)   Menaikkan had maksima Pinjaman di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
       daripada RM 50,000.00 ke RM 100,000.00 sebagaimana usul yang dibawa
       oleh Pergerakan Wanita UMNO.

2)   Mengkaji semula Akta Kebangkrapan yang akan menyelesaikan masalah
       120,000 ( Melayu) dengan peraturan yang lebih longgar bagi mengeluarkan
       mereka drpd belenggu kebangkrapan sebagai usul yang dibawa oleh
       Pergerakan Pemuda UMNO.  

3)   Memastikan kesinambungan Program Tranformasi Politik dan Ekonomi
      akan  memberi kesan positif terutamanya kepada ahli ahli UMNO khsnya
      dan rakyat jelata amnya.


Di dalam menyentuh usul politik, YAB  mempromosikan Konsep "1Malaysia Tolak Fitnah". Beliau juga menegaskan agar rakyat jelata menolak bulat bulat Parti Pembangkang - PKR, PAS dan DAP di dalam PRU13. sebagaimana ringkasan yang di catatkan oleh UMNO Online :-

          Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat menolak parti-parti 

pembangkang kerana undi kepada golongan itu membawa maksud kerosakan 


akidah, perpecahan kaum dan penindasan kaum tertentu.Perdana Menteri 


berkata hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk negara 


ini dan kemajuan bangsa Melayu serta bangsa lain.



“Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) 
bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu 
undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP 
bermakna satu undi penindasan bangsa tercinta.
“Satu undi untuk Umno dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah 
orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan
 umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia,” katanya 
ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung 
UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra tersebut.

Berucap di hadapan lebih 2,700 anggota perwakilan, presiden UMNO berkata 
inilah masanya untuk rakyat negara ini termasuk anggota UMNO untuk berada
 dalam barisan yang bersatu bagi menentang fitnah daripada PAS, menentang 
pluralisme daripada PKR dan menentang perkauman daripada DAP.
“Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-
anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa 
depan? Adakah mahu negara ini porak peranda? Adakah kita sanggup 
memperjudi masa depan negara?
“Kalau semua jawapan tidak, katakan ‘Tidak’ pada PKR, katakan ‘Tidak’ 
kepada Pas dan katakan ‘Tidak’ kepada DAP,” katanya.
Perdana Menteri turut meminta para perwakilan dan mereka yang melihat dan
mendengar ucapan beliau supaya membayangkan segala kesyukuran,
kedamaian dan kebahagian yang dikecapi dan dinikmati serta yang akan terus 
dirasai hasil pemerintahan UMNO dan BN berbanding jika pembangkang yang 
memerintah.
“Bayangkan juga segala kehancuran, kemusnahan, kerosakan, porak 
peranda dan kebangsatan jika pilih pembangkang. Demi Islam, demi Melayu, 
demi Malaysia, demi bumi bertuah, demi anak cucu kita, mesti setia kepada 
perjuangan UMNO.
“Demi kedaulatan dan kesucian agama Islam, kerana UMNO mempertahan
 Islam, kita mesti taat kepada pemimpin Umno demi kemenangan parti, kerana
 UMNO pembela rakyat,” katanya.
Beliau turut meminta anggota UMNO supaya bersatu dan tidak bersengketa
 kerana perpaduan adalah tiang seri kepada kejayaan UMNO.
“Yakinlah hanya UMNO yang mampu mempertahan kesucian agama Islam
Hanya UMNO yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum 
lain. Katakan dalam jiwa kita, hidup dan mati hanya untuk Islam. Wajib
pertahankan UMNO kerana UMNO pertahankan Islam,” katanya.
Katanya ada pihak melabelkan UMNO dan kerajaan BN yang menerajui 
Malaysia sebagai pihak yang zalim, tetapi hakikatnya kerajaan Malaysia
mendapatkan pengiktirafan begitu tinggi di peringkat antarabangsa, terutama 
dari dunia Islam.
“Kitalah di pihak yang benar. Ini main labeling kononnya kita zalim. Kita 
jadikan Islam Addin, Syumul dan ketinggian Islam adalah perjuangan UMNO 
dari dulu sampai sekarang,” katanya.
Najib berkata BN adalah kerajaan yang adil kerana sebarang bantuan hanya 
diberikan kepada semua orang dan bukan kepada penyokong BN dan UMNO.
“Puak sana buat apa? Orang UMNO dia tak bagi. Ladang estet di Kelantan
siapa dapat? Majlis daerah kontraktor-kontraktor kelas F di Selangor siapa
 dapat?” soal beliau.      

Disamping itu, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, 

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melontarkan soalan ‘cepumas’ penuh 


bermakna  bagi menguji tahap kesediaan anggota UMNO untuk menyokong 


parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 


nanti.


Menyifatkannya sebagai soalan yang penting dan perlu dibuat kaji selidik, 
presiden UMNO itu mengajak para pejuang parti untuk memikirkan persoalan 
itu kerana ia bakal menentukan kalah menang parti pada pilihan raya umum 
itu.
Lima kemungkinan ditawarkan Najib bagi menjawab soalan cepumas yang 
sarat dengan mesej itu — sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak 
bekerja; sabotaj; atau lompat parti.
“Ini survey penting…tanya diri sendiri. Kita tidak akan edar borang dalam 
dewan ini, jangan bimbang…tetapi saya nak tuan puan sekalian dalam dewan 
ini, dalam perjalanan balik nanti, dalam kereta nanti, dalam bas ekspres nanti, 
cuba tepuk dada, tanya selera,” katanya disambut tepukan gemuruh anggota 
perwakilan.


Menggulung perbahasan pada sesi penutup Perhimpunan Agung UMNO 2012 
di sini, Najib menuntut warga UMNO menghayati dan membawa semangat 
yang bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra itu, pulang ke 
tempat masing-masing.
“Kita hendak semangat seperti ini bertahan sampai masa pilihan raya. Bawa 
balik masa kita jumpa penyokong-penyokong kita, sebab dalam kalangan kita 
banyak batu ronsonnya (batu api), banyak tukang kipas, dia cong (tipu) kita, 
kalau tidak kuat iman, daripada sokong sepenuhnya turun pada sokong, 
ataupun dari sokong dia buat dek (tak tahu)…tidak bekerja (untuk parti) atau 
lebih parah dia sabotaj atau lompat parti,” katanya.
Beliau turut mencuit sinis golongan yang sanggup mengkhianati parti selepas 
puas merasai nikmat yang diperolehi semasa berada di dalam UMNO dan 
Barisan Nasional (BN).
“Saya sebut ini sebagai segala kemungkinan. Dalam dewan ini hampir semua 
penyokong tegar, penyokong setia pada perjuangan parti. Tetapi jangan lupa 
ada juga bekas menteri, timbalan menteri yang sudah mengkhianati parti ini.
“Dia sudah rasa nikmat jadi menteri dan timbalan menteri dan banyak lagi 
nikmat lain, tetapi hari ini kerana gila jawatan, mungkin kerana dihasut orang 
tertentu, hari ini mereka jadi orang yang menentang UMNO dan BN,” katanya.
Sebab itu, kata Najib, pada perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum 
ini, jawapan paling wajar kepada soalan cepumas yang diutarakan itu adalah 
perakuan untuk terus menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan.
“Seluruh pejuang UMNO harus menjawab dengan suara yang cukup yakin dan 
hebat. Jawapan yang kita hendak pada soalan cepumas itu tidak lain tidak 
bukan kalau saya tidak dipilih sebagai calon, saya tetap akan menyokong calon 
UMNO dan BN.
“Boleh kah tuan-tuan dan puan-puan…boleh kah?” soalnya dengan penuh 
bersemangat sebanyak tiga kali, dan disahut jeritan “boleh” tiga kali, oleh 
lebih 2,700 anggota perwakilan yang ada.
Kata Najib, jika jawapan yang diberi itu lahir ikhlas dari hati anggota UMNO, 
beliau yakin kemenangan dua pertiga akan menjadi milik BN pada pilihan 
raya umum akan datang.



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan 
memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.
Perdana menteri, yang juga presiden UMNO berkata BN, gagasan yang 
memerintah  dengan UMNO sebagai tonggak utama, akan berusaha sedaya 
upaya untuk mencapai matlamat itu.
“Inilah sasaran kami, untuk mencapai majoriti dua pertiga, dan kami akan 
berusaha sedaya upaya untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang 
akhbar selepas menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan 
Agung UMNO 2012 di sini hari ini.
Najib menyuarakan keyakinan bahawa momentum dan semangat parti yang 
terhasil daripada perhimpunan itu akan dapat dikekalkan sehingga pilihan 
raya umum.
“Momentum adalah baik dan saya pasti, saya amat yakin bahawa mereka 
(perwakilan Umno) akan membawa pulang semangat perhimpunan ini…
mood perhimpunan keseluruhannya amat bertenaga,” katanya dan 
menambah UMNO sedia untuk ‘berperang’.
Ditanya bagaimana UMNO akan menangani sabotaj dalam parti, Najib yakin 
anggota UMNO akan bertindak rasional dan tidak akan merosakkan parti jika 
mereka benar-benar sayangkan UMNO.
“Kalau dalam hati dia sayangkan UMNO dan dalam minda dia tahu bahawa 
sesuatu perbuatan seperti itu boleh merosakkan parti, merosakkan dia juga, 
saya percaya dia akan bertindak secara rasional,” katanya.



Berbalik ke pergulungan ucapannya, Beliau melabuhkan Doa Selamat dimana melafazkan doa yang diaminkan oleh semua yang hadir di Dewan Keramat tersebut.

Akhir kata beliau melaungkan dan disambut oleh keseluruhan yang hadir.

 " HIDUP UMNO, HIDUP BARISAN, HIDUP MELAYU, ALLAHUAKBAR"







p/s -   Admin sangat kagum dan terharu di atas semangat dan gempa  
           laungan para perwakilan di dalam Dewan Putra dan di persekitaran 
           Kompleks PWTC, Ibu Pejabat UMNO Malaysia. Semoga semangat 
           tersebut tidak akan luntur sekembalinya kesemua Perwakilan UMNO 
           ke Cawangan dan Bahagian masing masing. Pihak Admin juga 
           berkeyakinan bahawa BN dan UMNO akan meraih majoriti 2/3 di dalam  
           PRU13 nanti.  Malah akan merampas semula kesemua negeri di  
           bawah Pakatan Rakyat ( PR ).  Rakyat secara majoritinya percaya  
           bahawa UMNO akan membawa BN memenangi PRU13 yang akan 
          datang di atas sebab PR sebenarnya tidak kuat dan berpengaruh di hati 
          rakyat. Maka bila tiba masanya, ayuh kita bersama tamatkan riwayat 
          PR dari bumi Malaysia yang bertuah ini. Hidup UMNO, Hidup Barisan, 
          Hidup Malaysia, Allahuakbar. 


Monday, October 15, 2012

Temuramah di antara Open Society Foundation (OSF) dengan Premesh Chandran - Pengasas dan CEO MalaysiaKini.





Malaysia: Abolishing or Polishing “Preventive Detention” Law?
September 26, 2011   by Abigail Schwartz 

When Malaysian Prime Minister Najib Razak announced that the government will repeal some of the country’s most oppressive internal security laws, many citizens welcomed the reforms but also questioned Najib’s motives. One law to be repealed is the Internal Security Act (ISA) [pdf], a preventive detention law that allows the police to detain an individual without trial for two years, subject to indefinite renewal.
Implemented in 1960 to deter communist activity, the law has since been used to silence journalists, trade unions, students, religious groups, academics, NGOs, and labor and political activists. SUARAM, Malaysia’s leading human rights watchdog, estimates that roughly 10,000 people have been denied due process under the ISA, some for more than a decade. Assuming Parliament approves these proposed changes, Najib has already asserted that the ISA and three emergency decrees will be replaced by two new counterterrorism laws which will still allow for preventive detention.
The announcement comes in the lead-up to Malaysia’s next general elections and in the wake of the“Bersih 2.0” rally, in which more than 20,000 people ignored a government ban and took to the streets demanding electoral reform.Najib has good reason to be skittish about the pending elections, the date of which has not yet been set. In the last election in 2008, his ruling Barisan Nasional (BN) coalition lost its two-thirds parliamentary majority for the first time since 1957. And Najib’s personal approval ratings have fallen, in part due to the government’s heavy-handed response to the Bersih rally—police fired tear gas directly at protesters and arrested almost 1,700 peaceful demonstrators.
I spoke with Open Society Foundations grantee Premesh Chandran, cofounder and CEO of Malaysiakini, Malaysia’s leading independent online news source, and asked him about the significance of the government’s latest actions. 
Prime Minister Najib has promised to review the ISA since 2009, when he first came into office, but were you surprised by his announcement? Are you concerned that the government will just replace the ISA with more restrictive laws?
The executive branch has long relied on the ISA—which allows for indefinite detention without trial—as both a punitive and psychological tool against dissent. Hence it was a big surprise when Prime Minister Najib conceded to its abolishment. However, he has foreshadowed that the new laws will provide the government with significant powers to protect "national security.” While promises may be made that these new laws will have built in checks and balances, we do not believe that these laws can function fairly in the absence of an independent judiciary.
How much do you think this decision comes in response to the Bersih rallies? Do you think Najib was surprised by the amount of public support Bersih received?
I believe Najib’s mishandling of the Bersih rally plus the large numbers of people who turned out to demonstrate, created a crisis of confidence even within his inner circle. It was the first time that the middle class really mobilized, despite government attempts to clamp down and undermine the legitimacy of the demonstration by attacking their leaders as anti-Islam. Najib was obviously advised to make concessions in order to regain momentum ahead of the general election. However, unless some of the changes are implemented prior to the elections, I don’t see how the skeptical middle class will be convinced. In fact, if Najib does not follow through quickly, the announcement may even do him damage.
So, you don’t see Najib's announcement as a victory for democracy?
It’s a victory for the democratic movement. It shows that people need to organize and mobilize in order to generate concessions and change. It legitimizes Bersih's actions. I don't think it’s a victory for democracy—a bit too early for that.
What are the potential roadblocks to repealing the current legislation?
There may be some delays as hardliners negotiate to ensure that the new replacement laws are sufficient to maintain government control over dissent.
If the changes are approved, what do you think the government should do with the people currently detained under the ISA? What, if anything, do you think the government owes former detainees?
The government should admit that the ISA has been used for political purposes and hold a tribunal for former detainees to go on record about these injustices, followed by compensation. However, this is unlikely to happen under the current administration.
Najib also announced that he will make some changes to media and freedom of assembly laws. What impact do you think the repeal of the ISA and changes to the Printing Presses and Publications Act (PPPA) will have on the media, particularly online media like Malaysiakini?
The PPPA will be amended to remove the annual license renewal requirement for existing publications, but the initial licensing requirement will continue. So, independent media like Malaysiakini will still not be allowed to publish. I don’t think there will be any change to the media.

Learn More:


Sumber  : Open Society Foundation ( OSF )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

social plugin - janji ditepati

Anaknilai Bloggers Group Headlines