jV3pI-u9x0m0lWjKtWba_rBsmKE Kata Dikota, Janji Ditepati: Terkini dari Harakah Daily - Berita yang Spinning, Dah Tak Ada Modal Ke !!

KATA DIKOTA JANJI DITEPATI

Pihak yang berkenaan yang berminat boleh menyuarakan sebarang permasalahan Politik dan Sosio-Ekonomi serta kebajikan RAKYAT sebagaimana yang disarankan oleh Gagasan 1 Malaysia serta Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial yang sebenar benarnya . Amalan mengutamakan kehendak rakyat dan mengotakan setiap janji yang dilafazkan menjadi resepi turun-temurun kerajaan terus mendapat mandat rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan, seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak Admin menyokong penuh ketelusan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya menjadi teras utama dalam memastikan agenda pembangunan negara selari dengan arus globalisasi dunia sementara kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan buat selamanya. Semoga usaha dan ikhtiar ini akan membawa keberkatan demi kesejahteraan rakyat jelaka seterusnya mengekalkan status quo bahawa Barisan Nasional dan UMNO adalah wadah rakyat menuju masa depan yang lebih gemilang di bawah pimpinan YAB Dato'Sri Hj. Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi terutamanya di dalam menghadapi PRU 13 tidak lama lagi.Semuga perjuangan ini sentiasa diberkati dan direstui sentiasa oleh ALLAH swt DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Janji Ditepati Kata Dikota - Ikhlas dan Bernas. - Admin / Janji Ditepati

Sunday, January 13, 2013

Terkini dari Harakah Daily - Berita yang Spinning, Dah Tak Ada Modal Ke !!


Beberapa Petikan daripada Harakah Daily yang Terkini !! 


1. HIMPUNAN SHAMSIDAR ( HKR #KL112 ) TIDAK 

BERJAYA..................SEKADAR MELEPAS BATUK 

DI TANGGA.


Saya bukan nak bayar, saya nak minta - Mohd Sabu 

 - Pengarah HKR #KL112.

Harakahdaily,12 Jan 2013
(Mohamad Sabu, pengarah himpunan memberikan ucapan)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat 


(HKR112), Haji Mohamad Sabu  berkata, ada pihak yang mendakwa 


setiap peserta himpunan ini dibayar RM150.


"Mereka kata, setiap peserta himpunan ini dibayar RM150 seorang. 


Betul atau tidak," tanya Mohamad Sabu dengan disambut "tidak" 


oleh peserta perhimpunan.


"Saya bukan nak bayar tuan-tuan, tetapi saya nak minta duit dari 


tuan-tuan. Boleh atau tidak," yang disambut dengan "boleh" oleh 


ratusan ribu yang memenuhi stadium ini.


Beliau kemudiannya melancarkan kutipan derma dari semua yang 


hadir dengan sasaran setengah juta ringgit.


Kata beliau, derma ini diperlukan untuk membayar bil penggunaan 


Stadium Merdeka dan sebagainya.


Mohamad Sabu berkata demikian ketika memberikan ucapan aluan 


di HKR112 di Stadium Merdeka.



   Stadium Merdeka yang penuh sesak ???


Sebelum beliau, penyanyi Ito menyampaikan dua lagu iaitu Ubah 

dan sebuah lagi lagu.


Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said telah mendeklamasikan 

satu sajak yang beliau sifatkan sajak kini menjadi senjata.

Pengacara majlis, Datuk Johari Abdul memaklumkan, pihak 

penganjur terpaksa membayar RM100,000 untuk menggunakan 

stadium ini.


"Saya difahamkan, jika kita guna stadium di Kota Bharu kita perlu 

bayar RM8,000 sahaja," katanya.


Dalam ucapan itu juga, Mohamad Sabu merakamkan ucapan terima 

kasih kepada pihak pengelola Stadium Merdeka yang membenarkan 

himpunan ini diadakan.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya 

Kuala Lumpur yang memberikan kerjasama.


Turut diucapkan terima kasih adalah polis yang telah memberikan 

kerjasama untuk membolehkan himpunan ini diadakan.


"Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu Datang ramai-ramai, 

selamatkan negaraku," kata Mohamad Sabu.


Menurut beluau, selain Kuala Lumpur, turut mengadakan 

perhimpunan kali ini adalah bandaraya seluruh dunia termasuk 

Melbourne, Auckland, London, Jordan dan juga lain-lain.





2. Fitnah Terbesar !! 

Najib bakal didesak letak jawatan ?? Terhangat !!

Harakahdaily,13 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Berita bertajuk 

“Najib akan dipaksa meletak 

jawatan atas ‘sebab 

kesihatan’?” tulisan Malaysia 

Chronicle Bahasa

 Melayu menjadi artikel terhangat 

Facebook 

dan Twitter Harakahdaily bagi 

minggu ke-2, 2013.




Tambahan berita....................


Di tempat ke 2 ialah mengenai persoalan yang 

dibangkitan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mengenai 

penggunaan nama Allah di dalam lagu-lagu rasmi negeri paparan 



Manakala pembaca Harakahdaily memilih tulisan 

bloghttp://addin77.blogspot.com bertajuk “Abby Abadi perli ustaz-

ustaz Umno” sebagai artikel ke 3 terhangat minggu lepas







3. SEDARI BAHAWA PELAJAR DAN 

MAHASISWA DI HANTAR KELUAR NEGARA 

UNTUK BELAJAR BUKAN BERDEMO !!!


500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun

Mohd Farhan Madzlan,13 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, 


Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala 


Lumpur semalam.


Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman 


yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.



Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk 


menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh 


mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.



Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa 

sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.



Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. 

Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai 

komitmen yang lain.


Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mesir Malaysia 


(Ilmam) Mohd Asri Md Daud ketika dihubungi, menyatakan kekesalan 


terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan Mesir kepada 


rakyat dan pelajar Malaysia di sana.



"Bukan persoalannya himpunan atau tidak, tetapi ancaman itu 


adalah satu unsur tidak profesional dan  menafikan hak demokrasi 


rakyat Malaysia dan di Mesir," tambah asri.



Ilmam juga akan menghantar memorandum dalam masa terdekat ke 


Kementerian Luar bagi menyatakan kekesalan terhadap duta dan 


kedutaannya yang tidak mencerminkan sikap terbuka kerajaan yang 


membenarkan HKR di Stadium Merdeka.






4. SYABAS !! PAS SYOK SENDIRI......... 

PERHIMPUNAN HKR #KL112 GAGAL CAPAI 

MATLAMAT - HAMBAR DAN CERITA 

LAMA....


HKR112 berjaya, rakyat bakal ubah pada PRU13 ???

Harakahdaily,13 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia 


(Mapim) mengharapkan perubahan murni di atas 10 tuntutan yang 


diisytiharkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) petang 


semalam adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh 


rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.



Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, 


perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian 


yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana itulah realiti 


yang sebenar apabila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan 


aman tanpa sebarang provokasi.


Tambahnya, jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR112 


oleh pihak yang menganggap ia akan menjejaskan keamanan 


adalah ternafi.



Beliau berkata, penganjur HKR tersebut harus dipuji bukan sahaja 


dari segi pengawalan keselamatan  yang dijalankan yang sangat 


rapi malah ia merupakan perhimpunan yang murni dari rakyat tanpa 


sebarang kekecohan.


“Kami memperakui bahawa tuntutan 10 perkara yang diisytiharkan 


adalah wajar sebagai komitment untuk memperbaikki kualiti hidup 


rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.



Menurutnya, tuntutan itu juga adalah janji Pakatan Rakyat jika 


berjaya mengambil alih kerajaan selepas PRU13, seharusnya 


menjadi komitmen rakyat untuk memastikan semua tuntutan itu 


dipenuhi oleh sesiapa pun yang akan membentuk kerajaan.



Katanya, deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu yang 


meliputi aspek proses pilihan raya, isu Felda, status pembangunan 


Sabah dan Sarawak, royalti petroleum, professionalisme kakitangan 


awam, alam sekitar, martabat bahasa Melayu, pembebasan 


tahanan ISA, mempertahankan kampung warisan dan kualiti hidup 


kaum wanita adalah tuntutan yang menyeluruh dan menyentuh soal 


kepentingan rakyat yang wajar diberi sokongan.



Justeru, ujarnya Mapim menyeru agar PRU13 yang akan diadakan 


seharusnya mengenengahkan idea bernas seperti yang dituntut 


dalam HKR itu dan bukan dengan melemparkan fitnah serta 


melagakan sentimen kaum dan agama.



Katanya lagi, rakyat perlu dididik untuk melaksanakan proses 


demokrasi dengan matang demi menjadikan negara ini lebih 


bermaruah .



“Dengan mendengar hujah dan penerangan secara langsung dalam 


HKR112 itu, sikap rakyat harus dihormati untuk membuat keputusan 


tanpa sebarang ugutan dan sogokan,” ujarnya.



Beliau menambah, HKR petang semalam telah melakarkan sejarah 


yang sangat penting untuk negara ini yang menunjukkan betapa 


suara rakyat tidak perlu dipandang serong malah semua pihak perlu 


menghormati tuntutan rakyat .



“Sementara perhimpunan itu telah berjalan lancar dan membuktikan 


kematangan rakyat merayakan kebebasan bersuara dan berkumpul 


dengan aman, pihak kerajaan pula harus bersikap jujur supaya 


maklumat yang benar tidak diselewengkan hanya kerana mahu 


mengekalkan kuasa,” ujarnya.









KESIMPULANNYA : -


Penipu Rakyat telah gagal menarik minat 


rakyat untuk menentang dan 

menggulingkan Kerajaan Pusat ( Kerajaan 


BN ) dalam Himpunan Shamsidar (HKR 


#KL112) yang telah berlangsung di 


Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. 


Sebenarnya target PR untuk 


mengumpulkan 1 Juta orang telah GAGAL.



Polis Diraja Malaysia harus diberikan 


Kredit dan Pujian kerana berjaya 


mengawal keadaan dan tiada perkara 


buruk berlaku. Pihak PDRM (OCPD Dang 


Wangi )telah mengumumkan hanya 


sekitar 40 - 45 Ribu orang sahaja yang 


hadir.



Sesungguhnya, PAS yang beria ia benar 

dengan HKR yang mana boleh dikatakan 

majoriti yang hadir semalam adalah ahli 

PAS kira kira 65%. Manakala PKR dan DAP 

sekadar melepaskan batuk di tangga.......

Jangan sampai PAS dituduh memikul 

Biawak hidup' iaitu PKR yang sinonim 

dengan imej LBGT dan Plurismanya 

manakala DAP sinonimnya dengan imej 

'Kufurnya' lagi Chauvist dan Rasis.



Akhir kata - PAS tolonglah selesaikan 


tentang Isu Kalimah Allah dibenarkan 


kepada penganut Kristian 


menggunakannya di dalam Kitab Bible. 


Lagi satu, tolong jelaskan mengenai 


Amanat Haji Hadi. Soal Kafir Mengkafir 


sesama Islam di negara ini yang kian 


parah polemiknya terutamanya di 


kalangan Bangsa Melayu Islam. Tidak


timbul langsung soal Undang undang 


Islam Hudud. PAS telah hilang Imej 



Islamnya kerana faktor mempromosi 



Negara Berkebajikannya. PAS makin 



tunggang langgang dan pemimpin 



Anwarinas semakin berkuku di dalam 



Parti PAS.


Sebagai orang Islam berbangsa Melayu, 

admin tidak sanggup melihat PAS sesat 

lagi menyesatkan rakyat jelata yang 

cintakan tanahair yang Aman, Makmur 

dan Sejahtera di bawah Pemerintahan 

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB 

Dato' Sri Hj. Mohd Najib Tun Razak.



Terima Kasih Wasallam.




' HIDUP UMNO.   

  HIDUP BN,  

  HIDUP MELAYU,  

  HIDUP RAJA MELAYU, 

  HIDUP  ISLAM' 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

social plugin - janji ditepati

Anaknilai Bloggers Group Headlines