jV3pI-u9x0m0lWjKtWba_rBsmKE Kata Dikota, Janji Ditepati: JELAJAH JANJI DITEPATI DI PULAU PINANG.

KATA DIKOTA JANJI DITEPATI

Pihak yang berkenaan yang berminat boleh menyuarakan sebarang permasalahan Politik dan Sosio-Ekonomi serta kebajikan RAKYAT sebagaimana yang disarankan oleh Gagasan 1 Malaysia serta Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial yang sebenar benarnya . Amalan mengutamakan kehendak rakyat dan mengotakan setiap janji yang dilafazkan menjadi resepi turun-temurun kerajaan terus mendapat mandat rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan, seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak Admin menyokong penuh ketelusan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya menjadi teras utama dalam memastikan agenda pembangunan negara selari dengan arus globalisasi dunia sementara kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan buat selamanya. Semoga usaha dan ikhtiar ini akan membawa keberkatan demi kesejahteraan rakyat jelaka seterusnya mengekalkan status quo bahawa Barisan Nasional dan UMNO adalah wadah rakyat menuju masa depan yang lebih gemilang di bawah pimpinan YAB Dato'Sri Hj. Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi terutamanya di dalam menghadapi PRU 13 tidak lama lagi.Semuga perjuangan ini sentiasa diberkati dan direstui sentiasa oleh ALLAH swt DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Janji Ditepati Kata Dikota - Ikhlas dan Bernas. - Admin / Janji Ditepati

Saturday, December 8, 2012

JELAJAH JANJI DITEPATI DI PULAU PINANG.

PERDANA MENTERI MELANCARKAN JELAJAH JANJI DITEPATI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG - PADANG KAWAD USM, MAK MANDIN






Dihadiri lebih 40,000 rakyat tempatan daripada seluruh Pulau Pinang. YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan Pelancaran Projek Pembinaan Rumah Murah dan Mampu Milik sebanyak 20,000 unit kepada anak tempatan. Pelancaran Pendaftaran jualan unit unit tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat jelata bagi menampung keperluan rakyat selama ini  yang telah dilupakan oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Sesungguhnya Kerajaan Pusat telah 'Menepati Janji'  kepada rakyat Pulau Pinang yang memerlukan pembelaan.




Program Jelajah Janji Ditepati ini juga menyaksikan pengumuman Perdana Menteri yang menjanjikan Cadangan Pembinaan Monorel di Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan yang makin kian parah terutamanya di Bandaraya Georgetown dan kawasan Pulau keseluruhannya. Perdana Menteri juga menjalani program Walkabout di kawasan gerai gerai makanan, pasar dan lain lain kawasan di dalam sebahagian rangka kerja sehari di Pulau Pinang.



Dalam pada itu, disebelah petang, YB Dato' Zahrain dan seramai 350 orang bekas ahli PKR telah menyerah borang keahlian UMNO kepada YAB Perdana Menteri  sebagai menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Negeri dan Pusat.





TV3 telah menyiarkan secara langsung Pelancaran Jelajah Janji Ditepati pada pukul 10.00 pagi dengan Ucapan Perasmian YAB Perdana Menteri yang telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat tempatan yang menghadiri program ini seramai lebih 40,000 orang.




p/s  Kata Dikota Janji Ditepati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

social plugin - janji ditepati

Anaknilai Bloggers Group Headlines