Nafi Dibantu Soros, Tony Pua Label Dr Mahathir Nyanyuk
AIDCNews – 09/10/12 – Terpukul dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata undi pembangkang sama dengan undi Soros, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dalam sidang medianya semalam menuduh bekas Perdana Menteri sebagai seorang yang nyanyuk.
“Saya tidak ingin melibatkan Perdana Menteri lalu kerana dia tidak lagi relevan dalam politik kini tetapi kata-kata yang dibuat Tun Dr. Mahathir itu adalah kata-kata yang saya rasa seorang yang telah nyanyuk,” katanya dengan nada sombong.
Tonny Pua juga turut menafikan penglibatan pakatan pembangkang dengan penyangak mata wang Yahudi, George Soros, meskipun bekas-bekas aktivis pembangkang membuktikan sebaliknya.
Pendedahan Lokman Noor Adam
Pada 23 Februari 2004, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Noor Adam merupakan antara individu pertama yang mendedahkan PKR mempunyai hubungan dengan Soros.
“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan. Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan Pengarah SUARAM ketika itu telah mengaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong pada penghujung tahun 2003.
“Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden parti tersebut boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujar Lokman yang pernah bersumpah di Masjid Negara untuk membuktikan kata-katanya benar.
Lokman yang ditemui semula pada 15 Jun 2011 di Caps Square, Kuala Lumpur menceritakan secara lanjut berkenaan pertemuan pimpinan PKR dengan Soros itu.
AIDC : Benarkah Wan Azizah jumpa Soros?
“Benar. Itu (berlaku) tahun 2003. Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong, ratu bogel Bukit Lanjan.
“Ketika itu, Elizabeth Wong bukan PKR lagi, dia masa tu SUARAM. Yang baik dengan Soros ni sebenarnya Tian Chua. Tian Chua yang baik dengan Soros yang selama ini ditaja oleh Soros.
“Malaysiakini pun dulu, starting Steven Gan..Tian Chua ni semua, Soros punya duit. Mereka mendapat tajaan daripada Soros. Saya tahu sebab Tian Chua cerita pada saya masa dalam penjara (Kem Kamunting). Sama-sama duduk Kamunting, dua tahun”
Tian Chua bercerita mengenai Soros?
“Dia ceritalah daripada mana dia dapat income. Saya ingat lagi, telefon Tian Chua pun daripada duit Soros. Kita orang seludup telefon masuk. Telefon Tian Chua tu pun datang daripada Soros. Masuk daripada Bangkok. Ini realiti apa yang berlaku.
“Jadi, tahun 2003, Wan Azizah dihantar oleh Anwar untuk berjumpa Soros untuk dapatkan dana bagi membolehkan mereka bertanding Pilihan Raya 2004.
“Dan sebelum saya dipecat tahun 2004, saya hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Parti PKR dan masa tu Azmin maklumkan RM3 juta telah diterima. Dan mereka telah buat t-shirt, topi dan bendera di China.
“Bila saya tanya dengan Ezam, dari mana datang duit RM3 juta ni? Ezam maklumkan pada saya, duit itu daripada Soros”.
Menurut Lokman lagi, Tian Chua juga turut mendedahkan kepadanya ketika sama-sama berada dalam penjara Kamunting pada tahun 2001 bahawa SUARAM ditaja oleh Soros.
“Masa dalam tu lah. Dia beritahu, SUARAM ni ditaja oleh sebuah yayasan daripada Holand. Yayasan Holand ini sebenarnya ditaja oleh Soros,” katanya.
Fakta yang didedahkan oleh Lokman itu tidak pernah dinafikan, malah Tian Chua, pernah memuatturun di lamannya sekeping gambarnya bersama Soros yang menunjukkan mereka akrab dan saling mengenali antara satu sama lain.
Bacaan lanjut, klik di sini
Kenyataan Ezam Mohd Nor
Senator Ezam Mohd Nor yang ditemui pada 20 April 2010 mengesahkan keterangan Lokman itu berkaitan dengan pertemuan pimpinan PKR dengan Soros.
“Yang berjumpa Soros ialah Azmin Ali dan Wan Azizah dalam lawatan lain yang diatur oleh Elizabeth Wong yang merupakan agen Soros di Malaysia.
“Elizabeth Wong adalah penghubung antara George Soros dengan Malaysia, melalui NGOnya, SUARAM. Dia (Elizabeth) yang aturkan pertemuan.
“Saya tahu tentang pertemuan tersebut, saya tahu sebab Wan Azizah yang menyatakan kepada saya. Mereka yang berjumpa, bukannya saya,”katanya
Ketika diminta pengesahan adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai hubungan dengan Soros, Ezam mengesahkannya.
“Ya, saya yakin Anwar punya hubungan dengan George Soros.
“Kita semua tahu bahawa Malaysiakini, satu web portal news di negara ini yang amat pro pada Anwar Ibrahim, dibiayai sebahagian besarnya oleh George Soros melalui beberapa foundation Soros.
“Wan Azizah dan Azmin pernah adakan pertemuan dengan Soros di AS. Bukan semua orang boleh jumpa Soros. Bukan semua orang boleh dapat berjumpa dengan Soros.
“Jadi, jelas di sini bahawa kebanyakan fund Soros itu digunakan untuk kepentingan Anwar,”katanya.
Bukan setakat itu, malah bekas orang kanan Anwar turut mendedahkan hubungan Anwar bersama tokoh-tokoh zionis lain. Bacaan lanjut klik di sini
Anwar terlibat badan Soros -ICG
Satu pucuk surat bertarikh 11 Mei 2006 daripada Gareth Evans, ketika itu Presiden ICG (International Crisis Group) kepada Anwar Ibrahim membuktikan Ketua Umum PKR itu terlibat secara langsung dalam organisasi yang ditaja oleh Soros.
Ketika surat pelantikan untuk mengangotai ICG, Anwar merupakan pensyarah pelawat di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS).
Kenyataan media ICG pada 26 Mac 2007 di Vancouver turut mengesahkan Anwar merupakan salah seorang anggota ICG yang bersetuju dengan resolusi ‘two state solution’ iaitu satu konsep yang mengiktiraf negara Israel dan Palestin merdeka bersama-sama sebagai penyelesaian konflik Israel/Palestin di Timur Tengah.
“Mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut,” begitulah resolusi ICG yang ditandatangani Anwar.
Wartawan veteran Dateline Australia, George Negus turut mengesahkan kehadiran Soros dan Anwar dalam mesyuarat ICG yang dirakamkan dengan keraian minuman arak selepas mesyuarat itu.
“Lembaga ICG (yang dipengerusikan Gareth Evans) dianggotai penggerak dan penggoncang dunia yang berprofil tinggi seperti jutawan dermawan George Soros; tokoh empat bintang, Jeneral Wesley Clark; bekas Gabenor British di Hong Kong, Chris Patten; bekas Presiden Chile, Ricardo Largos; bekas Perdana Menteri Kanada, Kim Campbell; bekas Perdana Menteri Belanda, Win Kok. Dan bekas ‘anak emas’ politik Malaysia, yang baru keluar dari penjara, Anwar Ibrahim,” lapor wartawan Dateline.
Wartawan Australia itu turut memasukkan nama Shlomo Ben Ami, bekas Menteri Luar Israel sebagai anggota ICG.
“Apa yang perlu kita capai adalah satu penyelesaian politik di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan pengesahan sempadan antara Israel dan dunia Arab. Adakah keamanan di seluruh Timur Tengah dijaga sepenuhnya ? Saya tidak percaya perkara itu kerana terdapat banyak masalah-masalah lain. Anda perlu berfikir dari segi kestabilan rejim, integrasi rakyat jelata, persoalan demokrasi,” kata bekas Menteri Luar Israel itu.
Kenyataan Rahimi Osman
Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar yang ditemui Mei 2011 mendedahkan surat-surat yang dihantar Anwar ke luar negara antaranya kepada Soros.
Anwar pernah menghantar surat kepada Soros Fund Management (yayasan milik Soros) pada 15 Disember 2006.
“Saya berasa amat gembira bertemu tuan baru-baru ini dan berkongsi serta bersama merenungkan kedudukan isu kebertanggungjawaban dalam politik dan secara lebih meluas, dalam pembangunan”, kata Anwar dalam mukadimmah suratnya.
Anwar turut memaklumkan kepada Soros bahawa kini beliau telah dilantik sebagai Presiden Kehormat AccountAbility dan beliau meminta persetujuan daripada Soros untuk mempertemukannya dengan pengasas dan Ketua Eksekutif (CEO) AccountAbility, Dr. Simon Zadek.
Selain CEO, AccountAbility Simon Zadek adalah Ahli Lembaga Pengarah Penasihat Generation Investment Management (GIM), sebuah organisasi kawalan Al Gore.
Menurut Anwar, AccountAbility merupakan organisasi yang bukan bertujuan untuk membuat untung dan sudah semestinya bantuan kewangan diperlukan untuk menjayakan visi dan misi organisasi itu.
“Organisasi kami bukan bertujuan untuk membuat untung….Dengan sokongan daripada beberapa buah dana, termasuk kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada, kami telah berjaya membangunkan rangka bidang kerja untuk perkongsian-perkongsian umpama itu.
“Tahun hadapan kami berharap mendapatkan rakan dan sokongan kewangan bagi menaja beberapa siri perbincangan mengenai inovasi dalam kebertanggungjawaban yang perlu untuk bertahan dan maju pada abad ke-21.
“Siri perbincangan tersebut akan dipimpin ketua-ketua perniagaan dan ahli politik kanan.
“Saya yakin usaha tuan (Soros) dan misi AccountAbility adalah sehaluan dan berharap tuan akan merasakan begitu juga.
“Jika ini benar, saya mencadangkan kita memanjangkan perbincangan ini ke tahap lebih praktik di mana kerjasama akan menjadi lebih sesuai”, kata Anwar kepada Soros.
Kenyataan Dr Chandra
Pada 5 Julai 2011, Dr Chandra Muzaffar menghantar email mendedahkan kedatangan wakil Soros ke Malaysia untuk menemui pemimpin pembangkang dan penganjur perhimpunan BERSIH 2.0.
Dedah bekas Timbalan Presiden Keadilan itu, wakil Soros yang dimasudkan itu ialah Maureen Aung-Thwin, Pengarah Projek Burma dan Inisiatif Asia Tenggara, satu NGO yang ditaja oleh Open Society Foundations (OSF) atau Open Society Institute (OSI), yayasan milik Soros yang telah datang ke Kuala Lumpur pada 27 Jun hingga 2 Julai, 2011,iaitu beberapa hari sebelum berlangsungnya perhimpunan BERSIH 2.0.
“Saya berharap kerajaan akan menjalankan penyiasatan terperinci pembabitan OSF yang didalangi Soros dalam pergerakan BERSIH.
“Saya amat memandang berat pembabitan pihak Soros berikutan sesuatu yang berlaku sewaktu saya berada dalam Parti Keadilan Nasional (kini Rakyat) sebagai Timbalan Presiden dari 1999 hingga 2001.
“Beberapa minggu sebelum pilihan raya 1999, Maureen Aung-Thwin datang ke pejabat saya di Petaling Jaya berhubung permintaan daripada Anwar Ibrahim bagi membiayai Keadilan pada pilihan raya.
“Apa yang nyata, pembantu Anwar yang paling dipercayai, Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch bagi pihak Anwar mengenai bantuan kewangan. Permintaan tersebut kemudian disampaikan kepada sahabatnya, George Soros, yang kemudian menghantar Maureen sebagai misi ke Malaysia, ” dedah Dr Chandra.
Pendedahan Dr Chandra itu disahkah sendiri oleh Datuk S Ambiga dan Maria Chin Abdullah, Pengerusi bersama BERSIH 2.0, bahawa NGO mereka menerima dana asing dari Soros -OSI dan NED (National Endowment for Democracy).
ADMIN : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH -
BERSIH DAN PR ADALAH SELARI DAN TIDAK LARI DI DALAM
PERANCANGAN
MENCETUSKAN
'MALAY SPRING' DI MALAYSIA.
OLEH YANG DEMIKIAN,
BANGUNLAH BANGSAKU
DAN PEJUANG PEJUANG
ISLAM DI MALAYSIA !!!
HAPUSKAN SEBELUM TERLAMBAT, KERAJAAAN
HARUS BERTINDAK SEGERA SEBELUM RAKYAT YANG
SAYANGKAN ISLAM DAN KEAMANAN SEJAGAT BANGUN
AKIBAT TIDAK TAHAN LAGI DIPERLECEH DAN DIPERKOTAK
KATIKKAN OLEH PETUALANG NEGARA DAN SEKUTU YAHUDI : -
ANWAR IBRAHIM DAN KONCO KONCONYA !!
BERSIH DAN PR ADALAH SELARI DAN TIDAK LARI DI DALAM
PERANCANGAN
MENCETUSKAN
'MALAY SPRING' DI MALAYSIA.
OLEH YANG DEMIKIAN,
BANGUNLAH BANGSAKU
DAN PEJUANG PEJUANG
ISLAM DI MALAYSIA !!!
HAPUSKAN SEBELUM TERLAMBAT, KERAJAAAN
HARUS BERTINDAK SEGERA SEBELUM RAKYAT YANG
SAYANGKAN ISLAM DAN KEAMANAN SEJAGAT BANGUN
AKIBAT TIDAK TAHAN LAGI DIPERLECEH DAN DIPERKOTAK
KATIKKAN OLEH PETUALANG NEGARA DAN SEKUTU YAHUDI : -
ANWAR IBRAHIM DAN KONCO KONCONYA !!
SUMBER : http://www.anwaraidc.com/?p=28231
No comments:
Post a Comment