jV3pI-u9x0m0lWjKtWba_rBsmKE Kata Dikota, Janji Ditepati: HARAMKAN MALAYSIAKINI ( MKINI DOTCOM SDN. BHD.)

KATA DIKOTA JANJI DITEPATI

Pihak yang berkenaan yang berminat boleh menyuarakan sebarang permasalahan Politik dan Sosio-Ekonomi serta kebajikan RAKYAT sebagaimana yang disarankan oleh Gagasan 1 Malaysia serta Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial yang sebenar benarnya . Amalan mengutamakan kehendak rakyat dan mengotakan setiap janji yang dilafazkan menjadi resepi turun-temurun kerajaan terus mendapat mandat rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan, seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak Admin menyokong penuh ketelusan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya menjadi teras utama dalam memastikan agenda pembangunan negara selari dengan arus globalisasi dunia sementara kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan buat selamanya. Semoga usaha dan ikhtiar ini akan membawa keberkatan demi kesejahteraan rakyat jelaka seterusnya mengekalkan status quo bahawa Barisan Nasional dan UMNO adalah wadah rakyat menuju masa depan yang lebih gemilang di bawah pimpinan YAB Dato'Sri Hj. Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi terutamanya di dalam menghadapi PRU 13 tidak lama lagi.Semuga perjuangan ini sentiasa diberkati dan direstui sentiasa oleh ALLAH swt DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Janji Ditepati Kata Dikota - Ikhlas dan Bernas. - Admin / Janji Ditepati

Tuesday, September 25, 2012

HARAMKAN MALAYSIAKINI ( MKINI DOTCOM SDN. BHD.)


SUDAH TERANG LAGI BERSULUH - HARAMKAN PENERBITAN 'MALAYSIAKINI' (MKINI DOTCOM SDN. BHD.).

KDN, KHEDN & HEP DIMINTA AMBIL PERHATIAN /TINDAKAN !!!



Akhirnya Portal Mkini Akui Terima Dana NED & Soros

AIDCNews – 24/09/12 – Selepas lama mendiamkan dirinya, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Mkini.dom, Premesh Chandran mengaku menerima sumbangan dana NED (National Endowment for Democracy) dalam penajaan portalnya itu.
Menurut Premesh, Malaysiakini menubuhkan Seacem pada tahun 2004 untuk membantu masyarakat sivil dan organisasi media dalam talian yang belum matang di Asia untuk menggunakan teknologi baru bagi menggalakkan kebebasan akhbar, hak asasi manusia dan demokrasi.
“Seacem telah melatih organisasi berkenaan tentang bagaimana hendak membina laman web yang lebih baik, meningkatkan keselamatan dalam talian, menggunakan media sosial, membangunkan produk video dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan media baru.
“Malaysiakini adalah laman web pertama seumpamanya di rantau ini dan Seacem adalah cara terbaik untuk kami berkongsikan kepakaran kami yang telah dibangunkan sejak 13 tahun lalu,” kata Premesh dalam kenyataan media 21 September.
Premesh menjawab laporan media mengenai kontroversi berkaitan pembiayaan dana yang disediakan oleh NED yang beribu pejabat di Washington kepada kumpulan hak asasi manusia Suaram dan pelbagai kumpulan lain di Malaysia, termasuk Malaysiakini.
Dari kiri, Debbie Stothard (the Alternative ASEAN Network on Burma - Altsean-Burma), Steven Gan (Malaysiakini), Syed Azman (PAS), Tian Chua (PKR) dan Teresa Kok (DAP), dalam program World Movement for Democracy (WMD) anjuran NED di Turki
http://cima.ned.org/events/past-events/2009-events/blogosphere-of-influence
Portal itu turut melaporkan, Malaysiakini menerima geran bukan sahaja daripada NED tetapi juga dari penyumbang-penyumbang dana antarabangsa yang lain untuk menyokong projek-projek khas yang dijalankannya.
Seacem, NED & Soros
SEACeM atau The Southeast Asian Centre for e-Media ditubuhkan pada tahun 2004 beralamat di 48 Jalan Kemuja, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur, alamat yang sama digunakan Malaysiakini.com yang dinasihati oleh Premesh Chandran.
“Penderma kami sekarang termasuk Free Voice dari Belanda dan Open Society Institute,” lapor seacem.com
Free Voice ditaja oleh NED melalui badan lain dinamakan CIMA (The Center for International Media Assistance), selain itu turut ditaja oleh Knight Foundation dan Open Society Foundations.
Sebelum ini pernah didedahkan Knight Foundation menaja syarikat PopDigital Sdn Bhd, milik Ezra Zaid (anak Datuk Zaid Ibrahim), individu yang menaja kedatangan tokoh lesbian, Irshad Manji ke Malaysia.
Open Society Institute pula milik George Soros, penyangak mata wang Yahudi, yang pernah meranapkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Soros melalui Open Society Institute mempunyai dua agenda besar iaitu ‘membuka kehidupan masyarakat’ terutamanya penerimaan terhadap LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan ‘membuka ekonomi pasaran bebas’ telah bekerjasama dengan NED dalam merealisasikan cita-citanya itu.
Operasi bersekutu di antara Soros dan NED itu dinamakan ‘regime change’ iaitu menukar pemerintahan di sesebuah negara yang menjadi target kumpulan dana Yahudi itu.
Bukti dokumen dana
Laporan tahunan NED untuk tahun 2008 kepada Malaysia mencatatkan Seacem mendapat bajet dari yayasan dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu sebanyak $100,000.
Kemudian pada tahun 2009, Seacem menggunakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd (portal Malaysiakini) untuk menerima dana daripada NED sebanyak $100,000.
Selain Mkini atau Seacem turut mendapat tajaan NED adalah SUARAM dan sekutu-sekutunya yang telah dikenal pasti mempunyai misi yang sama.
Premesh Chandran, Ketua Eksekutif Mkini Dotcom Sdn Bhd yang juga penasihat Seacem dan merupakan salah seorang tulang belakang SUARAM.
Menurut laman whoaresuaram.com, Premesh Chandran adalah kawan rapat kepada Tian Chua; Mereka adalah Ahli Rangkaian Pelajar Luar Negara Kolektif di Australia (NOSCA) di mana Elizabeth Wong turut bersama dalam rangkaian itu.
Rangkaian media NED & Soros
Premesh Chandran turut mendawa pihaknya melalui Seacem telah berjaya melatih wartawan media dan pembangunan organisasi di 15 negara termasuk Thailand, iaitu ‘Prachatai’ (media) dan People’s Empower, Forum Asia, Seapa dan lain-lain.
Sebelum ini pernah didedahkan Cynthia Gabriel, seorang lagi tulang belakang SUARAM merupakan tenaga utama penggerak Forum Asia. Bacaan lanjut sila baca, “Operasi Regim Change : NED/CIA Salur Dana SUARAM Tabal Anwar Jadi PM?“, “Kes Latheefa Buka Operasi & Korupsi Networking Anwar“, dan “SUARAM Sarang Sosialis, Sayap Kiri PKR
Tony Cartalucci, wartawan Barat yang berpangkalan di Thailand dalam rencananya bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia” merumuskan kumpulan media ‘Prachatai’ ditaja oleh NED dan operasi mereka saling berkaitan di antara Thailand dan Malaysia.
“Kumpulan propaganda ‘Prachatai’, media yang dibiayai organisasi Amerika, NED seolah-olah merancang segalanya sejak awal lagi.
“Dengan pantas, mereka (Prachatai) mengeluarkan satu rencana bertajuk “Protes Perpaduan untuk Pilihan Raya Adil dan Bersih serta Pembebasan Segera Para Aktivis BERSIH” yang antara lain menyebut pada 1 Julai, “sekumpulan pelajar, aktivis dan media berkumpul di luar Kedutaan Malaysia, Bangkok, sebagai reaksi dengan tindakan kerajaan Malaysia menahan lebih seratus ahli BERSIH 2.0 yang dianggotai oleh beberapa organisasi hak asasi manusia yang mahukan reformasi dalam sistem pilihan raya di Malaysia,” lapor wartawan Barat itu.
Lapornya lagi, menurut akhbar Bangkok Post, protes di luar Kedutaan Malaysia, Bangkok itu turut disertai oleh sebuah NGO yang dinamakan ‘People’s Empowerment’, sebuah lagi NGO yang dibiayai NED.
Jika di Thailand, kumpulan media dan NGO yang menyokong BERSIH ditaja oleh NED dan Soros, maka 15 negara yang didakwa dilatih oleh Seacem itu juga mungkin mempunyai kes yang hampir sama.
Malah, Datuk S Ambiga sendiri turut mengakui BERSIH juga ditaja NED (melalui cabangnya, NDI) dan Soros.
Share
36
Twitter
18
Email
Filed in: Fokus

You might like:

Anwar Pejuang Islam ?Anwar Pejuang Islam ?
Ustaz Kazim Jumpa Tun M Minta Penjelasan HududUstaz Kazim Jumpa Tun M Minta Penjelasan Hudud
Plot to destabilise govtPlot to destabilise govt
Bank Negara : Laporan Dana Asing Dihantar Kepada Peguam NegaraBank Negara : Laporan Dana Asing Dihantar Kepada Peguam Negara

One Response to "Akhirnya Portal Mkini Akui Terima Dana NED & Soros"

  1. Ini semua fitnah dan konspirasi UMNO dan BN untok menjatuhkan aku sebagai PM dan pemimpin ulung Islam. Mereka sangat terdesak untok memastikan aku jadi PM salepas PRU 13. Mereka kecewa kerna walaupun aku hanya berkelulosan ijazah am Pengajian Melayu tetapi boleh jadi PM. Nantilah aku jadi PM selesai segala masalah.


    KOMEN DRPD ANWARIBRAHIM SEPERTI DI ATAS !!!!


    SUMBER : PORTAL AIDC (25/09/2012)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

social plugin - janji ditepati

Anaknilai Bloggers Group Headlines