jV3pI-u9x0m0lWjKtWba_rBsmKE Kata Dikota, Janji Ditepati: Dana RM100 Juta Untuk Anak Muda! #1M4U #DRe1M @NajibRazak

KATA DIKOTA JANJI DITEPATI

Pihak yang berkenaan yang berminat boleh menyuarakan sebarang permasalahan Politik dan Sosio-Ekonomi serta kebajikan RAKYAT sebagaimana yang disarankan oleh Gagasan 1 Malaysia serta Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial yang sebenar benarnya . Amalan mengutamakan kehendak rakyat dan mengotakan setiap janji yang dilafazkan menjadi resepi turun-temurun kerajaan terus mendapat mandat rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan, seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak Admin menyokong penuh ketelusan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya menjadi teras utama dalam memastikan agenda pembangunan negara selari dengan arus globalisasi dunia sementara kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan buat selamanya. Semoga usaha dan ikhtiar ini akan membawa keberkatan demi kesejahteraan rakyat jelaka seterusnya mengekalkan status quo bahawa Barisan Nasional dan UMNO adalah wadah rakyat menuju masa depan yang lebih gemilang di bawah pimpinan YAB Dato'Sri Hj. Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi terutamanya di dalam menghadapi PRU 13 tidak lama lagi.Semuga perjuangan ini sentiasa diberkati dan direstui sentiasa oleh ALLAH swt DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Janji Ditepati Kata Dikota - Ikhlas dan Bernas. - Admin / Janji Ditepati

Monday, July 16, 2012

Dana RM100 Juta Untuk Anak Muda! #1M4U #DRe1M @NajibRazak


Monday, July 16, 2012

Dana RM100 Juta Untuk Anak Muda! #1M4U #DRe1M @NajibRazak


Sebuah dana khas berjumlah RM100 juta akan diwujudkan bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U), dalam usaha untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, dana berkenaan dinamakan Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M), yang akan diuruskan oleh satu pasukan tugas khas dengan pentabiran dan pengagihan peruntukan dilakukan secara dalam talian.

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memastikan program-program di bawah 1MU4 dilengkapi dengan peruntukan untuk para belia menjalankan program sukarelawan mereka ke arah masyarakat dan negara lebih baik.

Beliau turut berkata, beliau sendiri akan mengetuai lembaga pemegang amanah 1M4U untuk menyelia kelancaran program sukarelawan belia.

“Menerusi program 1M4U, kami memulakan yang bukan gelombang rusuhan dan demonstrasi jalanan, tetapi satu gelombang yang terhasil di seluruh negara yang bertujuan untuk membina Malaysia yang lebih baik melalui semangat sukarelawan di kalangan belia,” katanya ketika berucap semasa merasmikan program 1M4U di Esplanade KLCC di sini, Ahad.

Merujuk kepada slogan 1M4U, Najib berkata: “Saya untuk anda. Kerajaan hari ini adalah Kerajaan untuk belia dan kami akan melakukan semua kita boleh bagi memastikan masa depan anda dipenuhi dengan harapan.”

Najib turut mengumumkan bahawa pada 2013 akan diumumkan sebagai Tahun Kesukarelawan untuk terus memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia. Lebih 50,000 belia menyertai 16 program sukarelawan di Lembah Klang dan Selangor. - mStar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

social plugin - janji ditepati

Anaknilai Bloggers Group Headlines