AIDCNews – 24/09/12 – Selepas lama mendiamkan dirinya, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Mkini.dom, Premesh Chandran mengaku menerima sumbangan dana NED (National Endowment for Democracy) dalam penajaan portalnya itu.
Menurut Premesh, Malaysiakini menubuhkan Seacem pada tahun 2004 untuk membantu masyarakat sivil dan organisasi media dalam talian yang belum matang di Asia untuk menggunakan teknologi baru bagi menggalakkan kebebasan akhbar, hak asasi manusia dan demokrasi.
“Seacem telah melatih organisasi berkenaan tentang bagaimana hendak membina laman web yang lebih baik, meningkatkan keselamatan dalam talian, menggunakan media sosial, membangunkan produk video dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan media baru.
“Malaysiakini adalah laman web pertama seumpamanya di rantau ini dan Seacem adalah cara terbaik untuk kami berkongsikan kepakaran kami yang telah dibangunkan sejak 13 tahun lalu,” kata
Premesh dalam kenyataan media 21 September.
Premesh menjawab laporan media mengenai kontroversi berkaitan pembiayaan dana yang disediakan oleh NED yang beribu pejabat di Washington kepada kumpulan hak asasi manusia Suaram dan pelbagai kumpulan lain di Malaysia, termasuk Malaysiakini.

Dari kiri, Debbie Stothard (the Alternative ASEAN Network on Burma - Altsean-Burma), Steven Gan (Malaysiakini), Syed Azman (PAS), Tian Chua (PKR) dan Teresa Kok (DAP), dalam program World Movement for Democracy (WMD) anjuran NED di Turki

http://cima.ned.org/events/past-events/2009-events/blogosphere-of-influence
Portal itu turut melaporkan, Malaysiakini menerima geran bukan sahaja daripada NED tetapi juga dari penyumbang-penyumbang dana antarabangsa yang lain untuk menyokong projek-projek khas yang dijalankannya.
Seacem, NED & Soros
“Penderma kami sekarang termasuk Free Voice dari Belanda dan Open Society Institute,” lapor
seacem.com
Open Society Institute pula milik George Soros, penyangak mata wang Yahudi, yang pernah meranapkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Soros melalui Open Society Institute mempunyai dua agenda besar iaitu ‘membuka kehidupan masyarakat’ terutamanya penerimaan terhadap LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan ‘membuka ekonomi pasaran bebas’ telah bekerjasama dengan NED dalam merealisasikan cita-citanya itu.
Bukti dokumen dana
Laporan tahunan
NED untuk tahun 2008 kepada Malaysia mencatatkan Seacem mendapat bajet dari yayasan dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu sebanyak $100,000.

Kemudian pada tahun 2009, Seacem menggunakan
syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd (portal Malaysiakini) untuk menerima dana daripada NED sebanyak $100,000.
Selain Mkini atau Seacem turut mendapat tajaan NED adalah
SUARAM dan sekutu-sekutunya yang telah dikenal pasti mempunyai misi yang sama.
Menurut laman whoaresuaram.com, Premesh Chandran adalah kawan rapat kepada Tian Chua; Mereka adalah Ahli Rangkaian Pelajar Luar Negara Kolektif di Australia (NOSCA) di mana Elizabeth Wong turut bersama dalam rangkaian itu.
Rangkaian media NED & Soros

Premesh Chandran turut mendawa pihaknya melalui Seacem telah berjaya melatih wartawan media dan pembangunan organisasi di 15 negara termasuk Thailand, iaitu ‘Prachatai’ (media) dan People’s Empower, Forum Asia, Seapa dan lain-lain.
Tony Cartalucci, wartawan Barat yang berpangkalan di Thailand dalam rencananya bertajuk “
CIA Coup Army Uncovered in Asia” merumuskan kumpulan media ‘Prachatai’ ditaja oleh NED dan operasi mereka saling berkaitan di antara Thailand dan Malaysia.
“Kumpulan propaganda ‘Prachatai’, media yang dibiayai organisasi Amerika, NED seolah-olah merancang segalanya sejak awal lagi.
“Dengan pantas, mereka (Prachatai) mengeluarkan satu rencana bertajuk “Protes Perpaduan untuk Pilihan Raya Adil dan Bersih serta Pembebasan Segera Para Aktivis BERSIH” yang antara lain menyebut pada 1 Julai, “sekumpulan pelajar, aktivis dan media berkumpul di luar Kedutaan Malaysia, Bangkok, sebagai reaksi dengan tindakan kerajaan Malaysia menahan lebih seratus ahli BERSIH 2.0 yang dianggotai oleh beberapa organisasi hak asasi manusia yang mahukan reformasi dalam sistem pilihan raya di Malaysia,” lapor wartawan Barat itu.
Lapornya lagi, menurut akhbar Bangkok Post, protes di luar Kedutaan Malaysia, Bangkok itu turut disertai oleh sebuah NGO yang dinamakan ‘People’s Empowerment’, sebuah lagi NGO yang dibiayai NED.
Jika di Thailand, kumpulan media dan NGO yang menyokong BERSIH ditaja oleh NED dan Soros, maka 15 negara yang didakwa dilatih oleh Seacem itu juga mungkin mempunyai kes yang hampir sama.
One Response to "Akhirnya Portal Mkini Akui Terima Dana NED & Soros"