Anaknilai Bloggers Group

Tuesday, January 8, 2013

TERKINI !!! DYMM SULTAN SELANGOR SULTAN SHARAFUDDIN MURKA DAN TIDAK MEMBENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' OLEH PENGANUT AGAMA LAIN DI NEGERI SELANGOR DAN JAJAHAN TAKLUKNYA*.


TUESDAY, JANUARY 8, 2013


Pakatan Rakyat berbincang pagi tadi sanggup tidak mengundang Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib dalam mesyuarat menentukan pengunaan Kalimah Allah oleh kafir.

Difahamkan Anwar Ibrahim memberi arahan agar mereka tidak mengundang Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib ke mesyuarat itu.

Sebelum ini Datuk Harun Din tetap dengan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh dibuat main apatah lagi untuk meraih undi simpati daripada penganut Kristian.

"Umat Islam sokong penganut Kristian menggunakan Kalimah Allah itu adalah Kufur" kata Haron Din 



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Jika yang menyokong itu Nik Aziz sekalipun dia adalah kufur.*

Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

“Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa laman blog termasuk milik pemimpin politik yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

No comments:

Post a Comment