Anaknilai Bloggers Group

Wednesday, January 23, 2013

Najib Razak PM Malaysia Menjelajah Bumi Gaza membuktikan Bangsa Melayu Islam tidak gentar akan Ancaman Israel......!


Hot ! Gambar yang tak akan disiarkan Harakah walaupun ada pemimpin PAS ................


Setibanya YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak pada kira kira 4.40 pm waktu Malaysia bersama sama delegasi Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Dua Hala dengan Peredana Menteri Palestin iaitu Ismail Hanayeh..

Delegasi Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Dato' Seri Najib dan beberapa menteri kabinet sedang berdiri dan berdoa di hadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al Jabbari yang terkorban dibom oleh tentera Israel.

Dalam ramai-ramai delegasi daripada Malaysia,adalah ternampak bekas Timbalan Presiden PAS,YB Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok turut bersama dengan delegasi Malaysia.



Untuk pengetahuan semua,YB Nasharudin Mat Isa juga merupakan Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia ,satu yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin dan antara aktivitinya ialah memberi pendidikan terhadap masyarakat mengenai isu di negara bergolak itu selain mencari jalan untuk membantu rakyat Palestin

Kita membantu ummah tanpa melihat warna parti,inilah yang cuba ditonjolkan oleh YB Nasharudin Mat Isa supaya walaupun kita berbeza wadah perjuangan tetapi tetap bersatu dalam isu berkenaan Islam.

Dulu pun, YB Nasharuddin antara pemimpin PAS yang menyokong dan cuba merencana kepada muzakarah perpaduan dengan UMNO ,tetapi dek kewujudan puak-puak tertentu dalam PAS yang menolak kepada perpaduan,hasrat ini gagal direalisasikan sehingga kini walaupun Dato' Seri Najib sendiri melapangkan dada mempelawa PAS untuk duduk bermuzakarah bersama UMNO.




Admin - Rakyat berbangga serta sentiasa mendoakan keselamatan PM dan ahli ahli delegasi dengan perjalanan yang lancar di dalam kunjungan delegasi Malaysia ke Gaza, Palestin.

No comments:

Post a Comment