3 Kriteria Nama 1Malaysia Digunakan Untuk Sesuatu Produk
HULU LANGAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan terdapat tiga kriteria dalam membenarkan nama 1Malaysia digunakan terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk.
"Pertama, perkhidmatan atau produk itu mesti untuk rakyat, kedua kualiti mesti lebih baik dan kita tidak berkompromi terhadap mana-mana perkhidmatan atau produk yang tidak baik.
"Ketiga, produk dan perkhidmatan itu mesti lebih murah daripada harga pasaran. Jika ketiga-tiga ini dipenuhi, barulah kita benarkan (guna nama 1Malaysia)," katanya ketika berucap merasmikan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) di sini, hari ini.
Najib berkata, dalam tempoh tiga tahun, kerajaan Barisan Nasional memperkenalkan dan mengetengahkan pelbagai produk serta perkhidmatan 1Malaysia untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menerima sambutan hangat daripada rakyat.
No comments:
Post a Comment